Monday, 3 February 2014

Sakinah..part 1 (Intro)



Tetetettt...Tetetettt.....5.30 A.m~

"Arghhh"...papppttttt.
Selimut ditarik menutupi muka. Jam loceng yang telah di 'set' sebelum tidur dimatikan. Begitulah rutin harian Sakinah, remaja berusia 18 tahun.

krekkk....~
Pintu bilik dibuka dari luar. Ibu Sakinah, Zubaidah melangkah masuk. Dia tahu anak daranya seorang ini agak liyat untuk bangun pagi.

"Kinahh...Kinahh" Zubaidah mengejut anaknya dengan penuh kelembutan. Begitulah tugasnya sebagai ibu hampir setiap hari, dia melaksanakan tugasnya tanpa jemur walaupun sedikit.

"Muahhh"... Perkara pertama Sakinah setiap kali membuka mata selepas bangun dari tidur adalah mencium pipi ibunya. Sejurus mencium pipi ibunya, Sakinah segera mencapai tuala dihujung katil dan masuk ke bilik mandi untuk membersihkan diri. Zubaidah hanya tersenyum melihat gelagat anaknya. Setelah selesai membersihkan diri, Sakinah melaksanakan tugasnya sebagai Hamba pada Pencipta, Allah s.w.t.

Pagi yang dingin, sunyi sepi menyelubungi biliknya. Sakinah membentangkan sejadah, bersedia untuk menghadap Allah Yang Maha Agung. Dengan penuh kusyuk, Sakinah menyelesaikan dua rakaat solat subuh, walaupun hakikatnya sering kali dia lalai ketika dalam solat tetapi dia tetap cuba sedaya upaya untuk fokus menyelesaikan solatnya.

.......................................................................................................................................................

"Arghh.. Lepaskan aku. Lepaskan aku" Jerit Sakinah. Dia meronta-ronta minta dilepaskan.

Gedebuk.! "aduh". Ulfah mengadu kesakitan apabila jatuh ditendang Sakinah.

Air mineral dituang ke dalam cawan, kemudian Ulfah mencelupkan jari-jarinya dan merenjiskan sisa-sisa air ke muka Kinah.

Sakinah tersedar dari mimpi. Ya, mimpi yang sering bertandang ketika tidurnya. Sakinah memandang Ulfah kosong.

"Awak ok Kinah"? tanya Ulfah.

"Hmmm". Jawap Sakinah ringkas, sambil mencapai tudung dia segera keluar dari bilik berlari-lari anak ke tasik belakang kolej puteri.

Sampai ditepi tasik, Sakinah terduduk. Dia menggenggam rumput-rumput sekuat hatinya sehingga tercabut. Kemudian dia menumbuk-numbuk kecil tanah sambil menangis.





No comments:

Post a Comment