Monday, 3 February 2014

Sakinah..part 1 (Intro)



Tetetettt...Tetetettt.....5.30 A.m~

"Arghhh"...papppttttt.
Selimut ditarik menutupi muka. Jam loceng yang telah di 'set' sebelum tidur dimatikan. Begitulah rutin harian Sakinah, remaja berusia 18 tahun.

krekkk....~
Pintu bilik dibuka dari luar. Ibu Sakinah, Zubaidah melangkah masuk. Dia tahu anak daranya seorang ini agak liyat untuk bangun pagi.

"Kinahh...Kinahh" Zubaidah mengejut anaknya dengan penuh kelembutan. Begitulah tugasnya sebagai ibu hampir setiap hari, dia melaksanakan tugasnya tanpa jemur walaupun sedikit.

"Muahhh"... Perkara pertama Sakinah setiap kali membuka mata selepas bangun dari tidur adalah mencium pipi ibunya. Sejurus mencium pipi ibunya, Sakinah segera mencapai tuala dihujung katil dan masuk ke bilik mandi untuk membersihkan diri. Zubaidah hanya tersenyum melihat gelagat anaknya. Setelah selesai membersihkan diri, Sakinah melaksanakan tugasnya sebagai Hamba pada Pencipta, Allah s.w.t.

Pagi yang dingin, sunyi sepi menyelubungi biliknya. Sakinah membentangkan sejadah, bersedia untuk menghadap Allah Yang Maha Agung. Dengan penuh kusyuk, Sakinah menyelesaikan dua rakaat solat subuh, walaupun hakikatnya sering kali dia lalai ketika dalam solat tetapi dia tetap cuba sedaya upaya untuk fokus menyelesaikan solatnya.

.......................................................................................................................................................

"Arghh.. Lepaskan aku. Lepaskan aku" Jerit Sakinah. Dia meronta-ronta minta dilepaskan.

Gedebuk.! "aduh". Ulfah mengadu kesakitan apabila jatuh ditendang Sakinah.

Air mineral dituang ke dalam cawan, kemudian Ulfah mencelupkan jari-jarinya dan merenjiskan sisa-sisa air ke muka Kinah.

Sakinah tersedar dari mimpi. Ya, mimpi yang sering bertandang ketika tidurnya. Sakinah memandang Ulfah kosong.

"Awak ok Kinah"? tanya Ulfah.

"Hmmm". Jawap Sakinah ringkas, sambil mencapai tudung dia segera keluar dari bilik berlari-lari anak ke tasik belakang kolej puteri.

Sampai ditepi tasik, Sakinah terduduk. Dia menggenggam rumput-rumput sekuat hatinya sehingga tercabut. Kemudian dia menumbuk-numbuk kecil tanah sambil menangis.





Saturday, 11 January 2014

jauh


Jauh, kaki melangkah.
mencari sebuah makna.
makna yang aku sendiri samar-samar.

kaki terkuis-kuis tanah jalanan.
mata merenung jauh.
jauh.
masih jauh perjalanan ini.
duri ranjau
hujan ribut
turun naik
jatuh tersungkur
serangan padu musuh-musuh

ALLAH......
rasa ingin rebah, tersembam bumi.

tapi, hati berbisik.
hujung pasti ada bahagia.
jangan pernah berhenti melangkah.


muslimah, persis mutiara, persis buah epal.



wahai muslimah,
diri mu begitu berharga, percayalah begitu berharga :')
mana tidaknya,

ISLAM telah mengangkat martabatmu sebagai wanita
ISLAM telah melindungi maruahmu sebagai wanita.

sungguh, dirimu persis mutiara didasar laut.
hanya yang benar-benar layak sahaja mampu memilikimmu.
sungguh, beruntungnya muslimah :')


wahai muslimah,
diri mu persis buah epal diatas puncak pokok yang terletak diatas puncak gunung.
diri mu diletakkan diatas puncak agar tiada tangan-tangan jahat yang mengganggu,
kamu, hanya perlu menunggu yang benar-benar layak sahaja yang bisa memetik ranum enak manis cantiknya dirimu.

tapi sayanggggggggggg,
seribu kali sayang...

sikapmu yang gelojoh, yang tidak sabar, benar-benar sabar dan percaya dengan janji ALLAH.
dirimu telah merendah-rendahkan kedudukanmu, sehingga sanggup membiarkan tangan-tangan jahat memetik menikmati keindahanmu.

HILANG! HILANG! kemanisan dirimu..
sayang, sungguh sayang wahai muslimah :')




tapi.........................
jangan terus biarkan dirimu dipetik lagi sayang.
ayuh, bangun!
ayuh, bangkit!
ayuh, mohon pengampunan ALLAH.
ayuh, berusaha untuk meletakkan kembali dirimu ditempat yang tinggi.
ayuh, muslimah.
masih belum terlambat selagi matahari tidak terbit dari barat.

sungguh, dirimu sungguh berharga.
sungguh, kau masih punya masa.

persoalannya,
MAHU atau TIDAK MAHU

masa lalu, biarkan berlalu. masa sekarang dan masa hadapan lebih penting dari masa lalu gelapmu.
esok pasti cerah :)


Friday, 10 January 2014

Perjalanan



PERJALANAN HIDUP :

Setiap yang hidup sedang menjalani, menyusuri, menempuhi, melalui, perjalanan sebuah kehidupan.
Dimana dunia ini hanya pentas lakonan waktu hayat kita, akhirat nanti menjadi sebuah tayangan besar atas segala lakonan kita selama ini, 

DAN

persoalannya,

mampukan kita menjadi pelakon 'terbaik' ?
mampukah kita memenangi 'award'?
mampukah kita tempah bilik 'vip'?
mampukah kita menghasilkan 'result' yang memuaskan Pencipta kita?

ATAU 

kita hanya mampu menjadi pelakon yang jauh dari skrip Pencipta ?
hanya mendapat 'hukuman' kerana melanggar segala 'rules' yang telah ditetapkan semasa lakonan?
hanya mendapat bilik 'penjara' api yang membakar seluruh tubuh badan kerdil kita?
hanya mampu menghasilkan result yang beratnya sebelah kiri?

tepuk dada tanya diri tanya iman .




TESTING

Assalamualaikum

hanya sekadar mencuba. :)